"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Sunday, November 14, 2010

Meninggal Dunia Ketika Solat Asar --> Subhanallah


Ini adalah citer yang saya share dr blog Miliyunir.. Aku amat tertarik cerita itu untuk kita jadikan iktibar dan pengajaran buat kita yang masih lagi bernafas… Betapa sedihnya ku membaca cerita ini sehingga mengalirkan air mata. Adakah kita nnti akan diangkat seperti kisah dlm citer ini oleh Allah yg maha Esa?.... Diharap selepas ini janganlah kita lalai dengan hal-hal dunia. Kerjakanlah amat ibadat yang disyariatkan olehNYA..… Insyaallah….



(Di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia. Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.


Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama. Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar. Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama. Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah! Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.


Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat! Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.


Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah! Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.


Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi. "Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M. "Hello, ustaz M ye?"... satu suara bertanya. "Ya, ustaz M bercakap". "Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?", sang suara meminta kepastian. "Imam...imam....yanng mana satu....ermm..oh...ya..ya..ingat..ingat..", ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya. "Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu sang suara ringkas. "Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai!", balas ustaz M. Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari 'pending'. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.


Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar. Bismillahir Rohmaanir Rohiim...... Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. ..


Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh? Korang tak payah jawablerrr.. Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling. Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku...terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan "ALLAH"! Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku. Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan?... Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.


Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya. Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.


* * * * * * * * * * * * *


P/S : Diharapkan perkongsian cerita ini dalam memberi pengajaran dan iktibar buat kita semua agar sentiasa mengingatiNYA dan sentiasa mengerjakan amal ibadatNYA, agar kita juga akan mendapat pengiktirafan seperti di dalam cerita di atas.. Insyaallah…


thanks miliyunir coz share citer ini

16 comments:

azwa amani said...

subhanAllah...alhamullilah seandainya dicabut rohku dalam keadaan yg baik..semoga husnul khatimah buat kita semua...Aminnnn,....

ynn said...

sejuk hati bila baca..

Miera Hassan said...

Subhanallah...

Unknown said...

subhanallah..
mulianya mayat arwah..semoga arwah dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman

dah lah meninggal semasa diatas sejadah, masih mengimamkan makmun..

mayatnya masih elok walau 8 hari berlalu..

semoga kita mati dalam keadaan arwah...insyallah..

Awangku Johan said...

>>Awin
Amin, mmg kita nk kematian dlm Husnul Khotimah

>>rieyana ynn
Awang baca en3 ni pun dah menangis.. Sbb tu awang minta dr Miliyunir tuk d kongsi kpd kita semua.. Huhu..

>>chentamiera
Moga kita mati dlm keadaan Husnul Khotimah...

>>Siti Ruhayu Ab Rahman
Insyaallah... AMIN..
Mogalah kita mgerjakan ibadat yg d syariatkan.. Kerjakan ibadah tgh malam yg mana phala nya lbh bsr.. d mn time tu Pintu Hijab terbuka luas. Doa2 kita akan termakbul

aDfeez said...

subhanallah.. smoga rohnya di tmpat kan di kalangan org2 yg beriman :)

Awangku Johan said...

>>Encik Bell (belalaNG)
Kita doakan tuk beliau..AMIN

laskar rainbow said...

subhanAllah...begitu mulianya arwah. meremang bulu roma baca..semoga arwah ditempatkn di kalangan orang2 yg beriman..amin

ArshSabila said...

Berderau darah membaca kisah penuh teladan ini..moga-moga kita jua tergolong dalam golongan mereka yang mendapat tempat kemuliaan di sisiNya nanti..ameeen..

Awangku Johan said...

>>laskar rainbow
a'ah.. Awang pun bgitu time mula2 bc.. huhuhu..

>>S.U.F.E.E.N.A.N
AMIN kak, moga kita sntiasa ingat mgingati n mgamalkan ibadat nya..

Ieza said...

nice blog...salam kenal dari ieza..:)

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

maha suci ALLAH...setiap amal yang kita lakukan besar atau kecik akan dapat balasan yang setimpal dari ALLAH SWT..mengharapkan kita juga dapat mencontohi peribadi ustaz berkenaan..amin..

Awangku Johan said...

>>Ieza
thanks, slm perkenalan.. moga ukhuwah yg terbina ini biarlah berkekalan ya..

>>iqbalhakimi
Insyaallah, jdkan nya pgajaran n iktibar wat kita semua yg smakin alpa dan lalai

alexayussida said...

subhanallah..

smoga matiku juga dalam iman dan islam ya Allah..

thnk u for sharing:)

husnaradzi said...

rasa mcm nak menagis baca
cita nih .dgn lagu yg mendayu2
sbg background .
sobs sobs .hux

Awangku Johan said...

>>alexa yussida
AMIN.... welcome..

>>uNa da wiTch
huhuhur.. Awang dah nangis mula2 baca citer ni.. Lagu ni mmg fevret awang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...