"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Wednesday, September 21, 2011

Siswazah Dapat Kerja ???

Hari ini terbaca artikel akhbar yang menyatakan “Hampir 88, 000 Siswazah Dapat Kerja”… Fuhhh bilangan kuantiti graduan yang ramai… Alhamdulillah, sebab ramai daripada graduan-graduan dah menerima peluang pekerjaan. Tetapi bilangan itu adalah bilangan graduan pada tahun lepas, secara tidak langsung tahun lepas saya konvo pada bulan 10 dan bulan 11 saya dah menerima tawaran posting.. Hurmm lama jugalah menunggu kerja… Tahun lepas saya habis praktikum pada bulan Mei dan bekerja sementara di Kolej Kediaman Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sehingga bulan Oktober.. Saya bernasib baik dan kira rezeki saya dapat panggilan posting pada bulan November..

Di dalam akhbar tu menyatakan Kajian Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun lalu kira-kira 50.4% atau 57, 908 siswazah berjaya mendapat mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian..

Daripada 240, 000 pelajar yang menamatkan pengajian setiap tahun, sebanyak 24.6 peratus atau 42, 995 siswazah gagal mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan. Keadaan itu berpunca daripada sikap memilih pekerjaan, bertukar-tukar pekerjan dan ada yang melanjutkan pelajaran ke luar Negara….

Oleh itu, seboleh-bolehnya graduan-graduan kita janganlah memilih pekerjaan, semasa menunggu peluang pekerjaan yang sesuai bekerja la dahulu biarpun pekerjaan itu tidak menepati dengan kelulusan/ijazah yang kita perolehi.. Insyaallah, berkat doa dan sabar Allah akan membantu kita, sama ada cepat atau lambat.. So jangan memilih kerja yerr… hehehe… sentiasa bersabar dan doa..

1 comment:

LadyBird said...

dah dpt keje.. tp kontrak.. adakah termasuk dalam senarai graduan yg mendapat kerja?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...