"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Monday, January 31, 2011

Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini.



SUARA YANG DIDENGAR MAYAT...


Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;.

1) Keluarga

2) Hartanya

3) Amalnya Ada Dua Yg Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu ;

- Keluarga dan Hartanya Akan Kembali

- Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.


Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...

Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik,

" Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· - Apakah Kau Yg Tlh Mninggalkn Dunia, Atau Dunia Yg Mninggalknmu

· - Apakah Kau Yg Telah Mgumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yg Telah Mgumpulmu

· - Apakah Kau Yg Telah Mengagungkan Dunia, Atau Dunia Yang Telah Mengagungkanmu

· - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."


Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik,

" Wahai Fulan Anak Si Fulan...

· - Mana Badanmu Yg Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah

· - Mana suaramu Yg Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bisu Tak Bersuara

· - Mana Telingamu Yg Dahulunya Mdengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa

· - Mana Sahabat-Sahabatmu Yg Dahulunya Setia, Mengapa Kini Indah Dari Khabar"


Ketika Mayat Siap Dikafan ...

Suara Dari Langit Terdengar Memekik,

"Wahai Fulan Anak Si Fulan

· - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dgn Ridha

· - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dgn Murka Allah

· - Kini Kau Tengah Berada Dlm Sbuah Pjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· - Kau Telah Kluar Dri Rumahmu Dan Tdk Akan Kembali Selamanya

· - Kini Kau Tengah Bingung Pd Sbuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."


Ketika Mayat Diusung. ...

Terdengar Dari Langit Suara Memekik,

"Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan

· - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat

· - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dgn Taat."


Ketika Mayat Siap Disolatkan ....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik,

"Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· - Stiap Pkerjaan Yg Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat

· - Apabila Baik Maka Kau Akan Mlihatnya Baik

· - Apabila Buruk, Kau Akan Mlihatnya Buruk."


Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat ....

Terdengar Suara Memekik Dari Langit,

"Wahai Fulan Anak Si Fulan...

· - Apa Yang Telah Kau Siapkan Dri Rumahmu Yg Luas Di Dunia Utk Khdupan Yg Pnuh Gelap Gulita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan...

· - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dlm Perutku Kau Mnangis

· - Dahulu Kau Bgembira,Kini Dlm Perutku Kau Berduka

· - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dlm Perutku Kau Bisu Seribu Bahasa."


Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .

Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku ....

. - Kini Kau Tinggal Sorang Diri· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat

· - Di Sbuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..

· - Mrk Pergi Meninggalkanmu. . Sorang Diri

· - Padahal , Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku


Hari Ini,....

· - Akan Kutunjukkan Kpdmu· Kasih Syg-Ku

· - Yang Akan Takjub Seisi Alam· Aku Akan Menyayangimu

· - Lebih Dri Ksh Sayang Sorang Ibu Pd Anaknya".


Kpd Jiwa-Jiwa Yg Tenang Allah Berfirman ,

" Wahai Jiwa Yg Tenang· Kembalilah Kepada Tuhanmu

· - Dgn Hati Yg Puas Lagi Diredhai-Nya· Maka Masuklah Ke Dlm Jamaah Hamba2Ku

· - Dan Masuklah Ke Dlm Jannah-Ku"


Semoga Kematian akan mjadi plajaran yg bharga bg kita dlm menjalani hidup ini. Rasulullah SAW mganjurkan kita utk senantiasa mengingat mati (maut) dan dlm sbuah hadithnya yg lain, beliau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!


Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....


Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca mesej ini . Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita . kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???


WALLAHUALAM...



Jom Buat Passport --> Brunei


Assalamualaikum semua…

Selamat pagi semua… Apa khabar.. harap anda semua dalam keadaan sihat… Yang bekerja itu selamat bekerja.. Bagi guru-guru selamat bercuti… Begitu juga dengan mahasiswa/i dan pelajar-pelajar selamat bercuti…

Sekarang ni dalam perjalanan p ke Kota Kinabalu bersama rakan-rakan guru… Motip utama nak p Kota Kinabalu ini adalah nak buat passport… Hehehe… Nak p Brunei kan so kena la buat passport… p kenduri kawin kazen di Brunei.. Bestnya.. tak sabar nak berkumpul semua kuarga-kuarga di Brunei.. Tak sabar nak p jalan-jalan ke Istana Nurul Iman dan ke Masjid Emas Omar Ali Saiffudin… Best2

Pergi Kota Kinabalu ini ibarat sambil menyelam minum air.. Hahahaha.. Selepas buat passport apa g shopping sakan la kita orang, makan-makan dan maybe tengok wayang kot… Hehehehe…

Aku Yang Keseorangan...


Tik.. Tik.. Tik.. Hujan la pulak.. Huhuhu.. Sebenarnya saya baru jak balik dari rumah kenduri kawin…. Jiran kampung sebelah wat kenduri kawin so kena la p kan.. Nanti apa pulak kata mereka kalau tak p.. Kecik pulak ati mereka kan…

Saya p sorang dan balik pun sorang la kan… Tak kan la p sorang balik berdua di malam-malam buta ni.. dah la drive sorang-sorang… Kalau p sorang balik berdua tu len macam jer.. tu di panggil punti… arghhhh malas ar nak sebut.. nanti korang meremang bulu roma pulak.. bulu roma je tau.. bulu lain tak yah nak join… Hahahaha…

Aishhh apsal pulak aku mencarut-marut ini.. Ini disebabkan sindrom mengantuk la ni.. Haaa.. aku dah nak tutup kedai ini.. Sekarang ni pun dah hujan.. Best ni tau kalau tido.. lebih-lebih hujan turun macam ni.. sedap jer tido.. tenang jer aku baring atas katil tu nanti.. Hehe….

Esok nak berkelana ke Kota Kinabalu dengan rakan-rakan guru yang lain.. Saya dan rakan-rakan guru lain nak buat passport.. Hahaha.. Awat aku gelak ni.. Gelak suka katakan.. Suka, sebab nak p Brunei Darussalam.. Coz ada kazen aku kawin ala keturunan Awangku, Pengiran macam aku juga la.. So, aku ajak rakan-rakan guru senior dari Semenanjung join p Brunei.. So, nanti la aku citer d entri lain pasal jemputan kawin d Brunei tu….

Ok.. saya dah nak lelap ni.. korang hati-hati la ek.. Kalau rasa meremang bulu roma cuba tonggeng kat bawah... ada berani??? Hahahahaa.. Ok.. salam..

Sunday, January 30, 2011

Hukum Isteri Meletari Suami



Assalamualaikum

Hukum Isteri Meleteri Suami ......


"Abg ni balik je kerja, tak nak lgsung tolong sya siapkn krjarumah. Baca suratkhbr, mghadap TV, itu jelah yg awk tahu. Kitakn sama2 bkrja bang. Sya pun penat mcm abg jg.Skurang2nya buatlah air kopi sdiri, bukannya susah pun. Tukarkn lampin ank ke,ringan sikit krja sy ni. Nk msk lagi. Abg jg yg nak mkn nti. pot pet pot pet. "leter Ina kpd suaminya sjurus kmbali dr pjbt masing2.


Kalaulah Ina tahu, betapa bsr hukuman srta dosanya mleteri suami sdiri, sdh tntu dia tdk akan mgulangi pbuatannya itu. Lebih2 lg, skiranya Intan mhayati gnjaran pahala yg tdk tnilai krana bbakti kpd suaminya. Dia tdk akan merasa susah mahupun penat dlm melaksanakn tgungjawabnya sbgai isteri dan ibu.


Dewasa ini blh dikatakn fenomena isteri mleteri suami atau dlm kata lain tdk menghormati suami. Bagaikan sdh mjadi satu pkara lumrah bg kbanyakn pasangan, tanpa sedikit pun merasa bsalah melayani mereka spt adik lelaki shj lagaknya.


Apa yg lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yg menyifatkan mjaga peribadinya dgn bersikap sopan trhadap suami sbgai ketinggalan zaman. Keadaan ini jg akan menjadi model yg tdk baik kpd anak2 yg mungkin diwarisi dr satu generasi ke satu generasi lain shingga akhirnya mjadi satu budaya yg negatif.


Byk nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yg membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tdk diminta mlakukan perbuatan maksiat. Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kpd sseorang yg lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kpd suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sbgai pemimpin rumahtangga.


Demikian jg halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. naik mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dgn neraka dan penghuninya yg kebanyakkannya terdiri drpd kaum wanita.


Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rmh Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sdg menangis tersedu-sedan." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yg membuat anda menangis?" Baginda menjawab, "Ya Ali, pd malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan drpd umat ku disiksa di neraka dgn bermacam2 seksaan. Lalu aku menangis krana begitu brt seksaan mereka yg aku lihat."

MENGHERDIK
Baginda antara lain melihat perempuan yg digantungkan dgn lidahnya, sdgkan air panas dituangkan ke dlm tenggoroknya krana ia tlh menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.


Ada isteri yg tgamak bcakap kasar malah mgherdik suaminya krana tdk mdpt apa yg diminta spt brg kemas, prabot rmh berupa set sofa & TV rata 29 inci yg mjadi trend semasa.


Lebih buruk lgi prangai si isteri apabila membanding2kan suami dgn jiran tetangga yg mampu myediakan barangan tbabit, skaligus dilabelkn sbgai suami mithali. Bukan tdk blh sama skali mminta ssuatu drpd suami ttapi jgnlah menggesa mreka menuruti kemahuan anda shingga membebankan dirinya. Sbaliknya, isteri patut bsyukur krana bpeluang meraih keredhaanAllah.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah tdk mmandangkepada seorang isteri yg tdk bsyukur kpd suaminya." Hal ini biasa tjadi kpd suami yg miskin, manakala isterinya pula tgolong dlm orang2 berada, yg suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lg yg tlh dinafkahkan kpd suaminya.


Mungkin ia agk sukar utk dipnuhi apatah lgi bg isteri yg bkrja, namun percayalah, ia bukan shj akan mjadi perkara biasa tetapi jg ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sbgai ibadah dan jg satujihad.


Marilah kita sama2 mrenungi kisah anakanda ksayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yg mlksanakan rutin hariannya sbgai sorang suri rumah tangga scara sndirian tanpa pembantu. Fatimah pd suatu hari tlh mminta suaminya, Ali pergi mnemui Rasulullah s.a.w. dan mminta jasa baik baginda utk myerahkan sorang wanita tawanan perang sbgai pembantu rumah.


Rasulullah bagaimanapun tdk dpt mperkenankn pmintaan puterinya krana semua harta rampasan perang tmasuk wanita2 itu bukan mnjadi milik baginda, ttapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. Baginda tdk dpt memberikan sesuatu yg bukan menjadi miliknya.


Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan krana tugas brt yg sdg dipikul oleh puterinya itu ttapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah sorang isteri yg tertekan akibat tugas2 yg perlu dibereskannya.


Pada sebelah malamnya, baginda tlh mgunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kpdnya: "Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kpd satu pemberian yg akan ku berikan ini, sdgkan ia lbh baik drpd apa yg kamu minta siang hri tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tsebut sekalipun dia tdk mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kpd Fatimah bhawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing2 sbyk 33 kali stiap kali sebelum tidurnya.


Smenjak itu, wirid yg diajarkn oleh Rasulullah tlh mjadi amalan anak dan mnantunya. Hasilnya, Fatimah mdapati dia tdk lg mjadi keluh kesah dlm mghadapi apa jua kerja2 shariannya yg brt, malah mrasa cukup bhgia mlakukannya.

Baginya, segala tugasan yg disempurnaknnya sbgai sorang suri rumah mrupakn satu amalan yg solehah. Dgn taufik Allah, ssgguhnya walau sberat mana skalipun tugasan yg mnanti di rmh, tdk akan memenatkan slagi isteri tdk meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dgn suami, walau setinggi mna skalipun darjatnya.


Kpd para suami, kita sama2 maklum, dlm zaman moden yg serba mcabar ini terutamanya di bandar2 bsr, kita tdk dpt mengelak kos sara hidup yg tggi skaligus mmerlukan kedua2 suami isteri kluar bkerja.


Si isteri tlh mlakukan pgorbanan mcari rezeki tmbahan utk menyara kuarga yg spatutnya mjadi tggungjawab suami. Jd sudi apalah kiranya sang suami bersama2 mringankan tugas si istri seadanya. Bukankah Rasulullah s.a.w tlh brpesan supaya para suami bbuat baik kpd istri mreka. Jikalau isteri taat kpd kalian, jgnlah pula mnyusahkan mreka.


Nabi Muhammad s.a.w bsabda yg ertinya: "Orang2 yg tbaik drpd kamu skalian adalah yg lbh baik dlm mpergauli kuarganya dan sy adalah yg tbaik dlm mpergauli kuargaku. "


Bagi kaum wanita & lelaki yg sdh berumahtangga, marilah kita sama2 bljr saling tolong-menolong mringankn beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi mbawa manfaat bg kita semua... insya'Allah. .


SIKAP ISTERI tdk mghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM skrg. Ia dilakukn krana bfikir bhawa SUAMI mesti buat spt ISTERI dlm RUMAHTANGGA.


TABIAT-ISTERI suka meleteri suami & TABIAT-SUAMI yg suka meletakkn semua tgungjawab rumahtngga ke atas bahu isteri semata2; mestilah dihentikan, demi mdidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.


WASSALAM..

Alamak Hujung Minggu Datang Lagi.....


Horaaayyyy hujung minggu datang lagi… Ishhh aku ni macam budak pulak terhorey… horey… perangai tak mencerminkan umur.,… hahaha.. hampeh tul aku ni kan… Apa-apapun selamat berhujung minggu buat korang semua.. Apa plan korang hujung-hujung minggu ni???

Saya terlewat bangun hari ini.. disebabkan keletihan la saya kelat bangun… Aduhh guna bahasa Indonesia g.. hahaa… Yup.. letih… sebab petang semalam saya p jogging 10km dan wat workout selama 1 jam lebih.. sebab tu la kot saya keletihan…

Tapi pagi ni bangun-bangun terus p solat…… n then tido kembali.. jam 8 gitu baru bangun terus wat workout ringan… Hehehe… Workaholic tul aku ni.. haha.. apapun semua tu tuk kepuasan diri kan

Haaa.. pagi ni nak p pasar.. nak beli makanan.. kalau kat Sabah hujung-hujung minggu ni ada Pasar macam pasar malam kat semenanjung itu.. tapi di Sabah buat waktu pagi… Nak beli kuih fevret ar.. nak beli karipap, kuih seri muka, penyaram dan lain-lain ar.. Kalau ada sesapa x tau penyaram tu p cari dalam Mr.Google.. haha.. Wah, banyak juga yang di beli tak tahu habis ke dop…

Hari ini juga rasa boring… So, maybe p sekolah la wat keje-keje yang tertinggal or baca buku mengenai Bola Keranjang.. Sebab lepas cuti tahun baru cina ni nak wat pasukan bola keranjang sekolah tuk pertandingan peringkat daerah.. Saya pun dah banyak lupa mengenai Bola Keranjang.. Masa kat UPSI jarang main.. coz selalu men futsal, masuk gym n jogging jer.. So, kena study kembali.. Di zaman saya skol dlu 2 tahun saya jadi pengerusi bola keranjang… So, pasni kena aplikasikan la ek…

Ok la.. saya pun nak siap sedia dah nak p pasar ni.. Korang nak kirim apa?? Saya dah nak p ni… Kalau nak kirim komen jak kat entri ini.. Hehehe…

Saturday, January 29, 2011

Saya di Interview oleh Wartawan/Blogger Otai...


Malam ini ada sorang wartawan sedang call saya.. Katanya nak menebual saya.. awat la nak interview malam-malam ini.. huhu... Tak tahu pulak saya ini popular.. padahal saya ini sekadar dipinggiran jer.. Apapun di layan jer la.. Hehehe..

Ini la wartawan tu..




Ok ini dia soklan-soklan dari wartawan itu…

Wartawan Ben : Boleh berikan nama glamour encik dalam dunia maya ini??

Awangku Johan : Hurrrmm.. nama glamour ek.. Rasanya takda la nama gelemer sangat… Saya just gunakan nama saya la.. Awangku Johan.. Gelemar jugak la kan.. Hehe….

Wartawan Ben : Kenapakah anda memilih nama tersebut?

Awangku Johan : Kenapa?? Sebab nama itu menunjukkan peribadi saya.. Lagi pun itu adalah nama yang selalu dipanggil kat rumah iaitu Juan.. last-last saya tukaq p Johan.. Haaaa.. pastu saya tambah dengan nama saya Awangku Johan.. Awangku itu kira nama gelaran kuargaa.. Alaa.. macam nama Raja, Wan, Tengku…

Wartawan Ben : Kenapa anda berblogging?

Awangku Johan : Sebab nak kan kepuasan, serta mencari kenalan.. Waima, saya berblog juga just tuk penuhkan masa saya agar tak terbuang begitu saja…

Wartawan Ben : Siapakan pemberi semangat anda??

Awangku Johan : Rasanya yang memberi semangat ini rakan-rakan bloggers saya la.. termasuk la blogger otai like Abg Ben Ashaari, Abg Eqbalzack, Cik Epal dan lain-lain laa.. Eh.. nama wartawan ini sama dengan nama blogger Abg Ben Ashaari.. tak sangka pulak ek… Hehe..

Wartawan Ben : Sudah berapa lamakah anda berblog??

Awangku Johan : Rasanya baru 1 tahun.. tu tahap keseriusan pada blog la.. 1 tahun gitu….

Wartawan Ben : Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini?

Awangku Johan : Haaa.. saya suka soalan ini.. Sapa lagi, tak lain tak bukan Blog Abg Ben Ashaari, Abg Eqbalzack dan Blog Darkbatman..

Wartawan Ben : Kenangan manis anda dalam dunia blogging?

Awangku Johan : hahaha.. kenangan manis ialah semasa menang dalam segmen abg Ben Ashaari.. kiranya banyak jugak la saya menang.. hehe

Wartawan Ben : Kenangan pahit anda dalam dunia blogging?

Awangku Johan : Kenangan pahit tatkala saya tak berblog 1 minggu.. Huhuhu.. coz time tu busy dengan Taklimat Guru Sandaran Siswazah Terlatih di Kota Kinabalu.. Masa itu, saya tak bawa laptop huhu.. menjunam traffic saya masa tu.. sedih giler ar.. huhuhu

Wartawan Ben : Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini?

Awangku Johan : Pencapaian?? Rasanya setakat ini tak da la pencapaian yag terbaik sangat.. biasa-biasa jer..

Wartawan Ben : Selain blog, apakah minat anda?

Awangku Johan : Saya suka masuk gym, buat workout, jogging dan baca komik…

Wartawan Ben : Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ?

Awangku Johan : Saya berblog ikut suka hati saya… tak kira masa.. bila-bila masa bila ada free saya berblogging la.. kalau busy confirm saya tak sempat nak melayan blog saya.. huhu

Wartawan Ben : Pendapat anda mengenai dunia blog di Malaysia ini..

Awangku Johan : Pendapat saya.. dunia blog di Malaysia ini semakin berkembang.. Rata-rata yang berblog di Malaysia ini adalah pelajar.. tidak kira pelajar IPTA/IPTS, kolej, matriks, pelajar sekolah… Malahan itu, ramai juga guru-guru yang berblog… So, berblog ini tidak kira faktor umur, dan kerjaya.. sapa-sapa jer boleh berblog..

Wartawan Ben : Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri

Awangku Johan : Diharapkan mereka dapat membahagikan masa mereka dengan teratur.. Berblog… berblog jugak.. tapi perkara wajib seperti solat jangan ditinggalkan… Itu jer..

Akhirnya perbualan ini berakhir…… Wartawan Ben mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian saya ditemubual…

Kehilangan Paling Terasa Dalam Hidupku - Contest Ady


Salam semua.. Tadi saya telah menerjah blog bro ini iaitu Ady Budika… Korang nak tau beliau ada wat GA sempena di bulan kelahirannya… So, dengan ini saya mengambil kesempatan tuk join sekaki segmen beliau.. Boleh kan Ady Budika… Ohh ya saya dah follow blog kamu..



Ok…. Alkisahnya begini.. Setiap orang mesti mempunyai pengalaman pahit yang tak terhingga iaitu pengalaman kehilangan… Kehilangan ini terlalu subjektif tuk kita rungkaikan maksudnya.. Sama ada kita kehilangan barang atau kehilangan orang tersayang… Saya ini selalu kehilangan barang tapi tak la memberi kesan yang mendalam dalam hidup.. Tapi, sekiranya saya kehilangan seorang yang disayangi dalam hidup kita memang akan memberi kesan yang mendalam.. betul tak???.. Sebenarnya, saya telah kehilangan orang yang amat saya sayangi dalam hidup saya sehinggakan akhirnya saya mendapat gelaran anak yatim.. huhuhu… Saya kehilangan seorang yang bermakna dalam hidup saya iaitu IBU….. Kehilangannnya memang membawa 1001 makna dalam hidupku… Pernah aku terfikir semasa kehilangan beliau pada 14.02.2001.. adakah aku dapat meneruskan hidupku tanpa ibu, adakah aku dapat menguruskan diriku tanpa ibu, adakah aku mati kelaparan tanpa ibu… Akhirnya aku buktikan bahawa aku boleh berdikari tanpa IBU… tapi kehilangannya memang membawa kesan dan satu noktah hitam di dalam hidupku… Huuhuhu.. kepergiannya 10 tahun yang lepas telah menyebabkan aku berusaha tuk belajar dan membuktikan kepada arwah IBU bahawa anak-anaknya boleh berjaya tanpa ada IBU… Akhirnya aku telah berjaya memasuki ke Menara Gading dengan memegang segulung ijazah… Tapi.. sewaktu konvokesyen aku memang terasa yg amat sangat.. Tiada ibu di sisi tuk bersama-sama gembira dengan kejayaan anaknya.. dan tiadalah kenangan bersama di dalam foto graduasi bersama ibu.. Huhuhu.. Apapun, hanya doa sahaja dapat ku bekalkan buatmu IBU.. moga kau damai di sana…. Tak tahu dapatkah kita akan berjumpa di dunia sanaaaa…. ?? Biarpun dunia kita dah berbeza tapi hubungan anak dan ibu tetap utuh.. Doa untukmu ibu sentiasa di dalam SUJUDKU……. Al-fatihah buat ibuku… Amin…

Sorry bro emo sikit.. coz teringatkan arwah ibu.. Huhu….

P/S : akhir sekali, nasihat dari saya.. Sentiasalah bertanya khabar ibu biar dalam beberapa minit sahaja… Janganlah anda menjadi anak derhaka.. NERAKA JAHANAM la bagi anak itu sekiranya derhaka dengan kedua ibubapanya.. Lebih-lebih lagi IBU….. Kasihlah ibu sehingga ke SYURGA…

Workout di Hujung Minggu...


Aku keletihan sekarang ni.. Huhuhu.. Apa tidaknya tadi jam 4.30 petang aku dah start p jogging ke pantai shingga jam 6 petang… Joging kira-kira 10km… Fuhhhh penat giler wei.. sehinggakan kaki dan paha aku kebas… tp aku puas hati laa.. coz dah lama x p jogging d sebabkan kebizian sukan sekolah…

Selepas berjoging aku p wat Workout dengan Plate atau pemberat yang beratnya lebih 10kg… Berat tapi disebabkan nak bentuk body solid so kena la buat… Hahahaha…. Buat dalam 3 set dengan kiraan 15 – 20 kali dalam setiap set…

Kepuasan buat workout menyebabkan aku keletihan yang amat sangat-sangat dengan bermandikan peluh.. Hehehe… Rasa badan macam segar jer pabila air disiramkan ke badan.. Selesa bangat mandi selepas buat workout….

Hari ini rumah dah sunyi sebab anak-anak buah dah p Kota Kinabalu.. Cuti skolah kan so depa semua p rumah ibu mereka.. So, tak da la hingar bingar dah kat rumah ini.. Sunyi betul… Tatkala aku pun keboringan… Maybe lepas ni nak lepak kat skolah la dengan guru-guru senior… Buat prepare la tuk jadi jurulatih selasa nanti… Jurulatih yang keletihan… tukaq ar jadi juruletih… Hahahhaa….

Ok la… saya nak menjamu selera… Nak menyantap apa ya??? Ohhh buah dan yogurt… Jom.. makan berjemaahhhh… Hehehhe

Friday, January 28, 2011

Muchas Grasias Abg Ben


Korang semua ini awang nak habaq sat… hahaha.. teda la.. saja jer.. awang nk bg tau korang awang masuk dalam bloglist abg Ben.. Wah happy la jugak.. coz tersenarai lagi dalam bloglist beliau…..

So… nak ucap tenkiu so much dekat abg ben!!!
sebab apa??
sebab sudi terima blog saya sebagai bloglist abg ben..

blog saya tersenarai dalam list
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR...
jenguk2 lah..hehehe

Kalau rajin komen-komen la entri awang ek…

rasa terharu pulak..!!!
huk3..

Apa-apapun terima kasih ya abg Ben……………………..

Aku Tiada Cuti CNY... Huhuhu


Sedihnya pabila nama aku tersenarai tuk menjadi jurulatih atlit sekolah tuk ke pringkat daerah pada cuti Tahun Baru Cina ini… Huhuhuu..

Ingatkan aritu nama aku tak tersenarai aku tak dipanggil tuk meeting antara guru-guru dengan Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan KoKum untuk strategi melatih atlit sekolah semasa cuti Tahun Baru Cina nanti…

Ohhh.. padahal dah rancang nak p shoping ke Kota Kinabalu and then stay dirumah kakak… So, semuanya hancur berkecai.. Aku dah tak boleh nak bergerak ke mana-mana cuti tahun baru cina ni.. Huhuhhu.. Sedih bebenor laaaaaa… Sedihnya… guru-guru lain bercuti.. So, aku dengan beberapa orang guru lain terpaksa korbankan cuti kami tuk melatih atlit skolah…

Arghhh… dah la kena berkampung di padang lagi tuk 1 minggu tu… habis la mentari memancar kulit ku… cnfirm aku makin gelap dah lepas ni…. Huhuhuhu… Tamo.. Tamooo.. Tamooooo…. Arghh tension nyerr..

Apa boleh buat dah PK1 beri kepercayaan kat aku so kena la terima dengan hati terbuka kan….. Ini pun satu pengalaman aku tuk di masa depan.. Pengalaman membina tu… wah.. marvelous gitu… Hehehe

Akhirnya... Penatku Berakhir....


Alhamdulillah… maka hari ini berakhirlah sudah Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-39 di sekolah tempat saya mengajar ini… Semuanya berakhir dengan kejayaan dan keletihan.. Hahaha…

Akhirnya… rumah hijau dapat naib Johan… Johan adalah rumah merah, manakala rumah Biru di tangga ketiga dan rumah kuning nombor empat.. hahahaha…

Hari ini memang meriah ar.. semangat kesukanan yang tinggi pabila budak-budak ini berusaha nak mendapat juara… Horeeyyyy… yang bestnya aku bersama-sama pelajar menghias pondok rumah sukan.. semuanya tercabar.. sehinggakan ada guru-guru rumah sukan yang lain balik rumah cari kain langsir tuk tambah hiasan pondok mereka.. Hahahaha….. tercabar dengan hiasan rumah yang aku hias bersama pelajar.. cantik woo dengan ada pintu gerbang.. Tema yang aku beri adalah “Nature Of Life”… Sayangnya aku tak da kamera.. so tak dapat nak amik pic… Hanfone N71 pulak rosak.. so guna hanfone biasa-biasa jerr… tpi puas ati wooo….

So… tahun depan nak rumah Hijau JOHAN…. So kena train atlet rumah hijau tuk tingkatkan pingat rumah Hijau… hahahaha

Thursday, January 27, 2011

Kepenatan + Mengantuk = Zzzzzzz



Huaaaaaaaaaa,,, mengantuknyaa… Aku baru jak balik dari sekolah ini.. Ada wat keje kat skolah dengan guru-guru senior (Abang Fadil dan Abang Ishak)..,…..

Disebabkan mengantuk kami bertiga balik secara berjemaah.. racing berjemaah… huhuhu.. Apa tidaknya mengantuk.. kami bertiga kepenatan yang amat sangat.. coz dah 2 hari sukan sekolah berlangsung.. Esok penutupan sukan sekolah… Mungkin akibat kepenatan yg amat sangat kami bertiga mengalami sindrom mengantuk berlebihan.. huhuhuhu…

Tadi masa kat dalam bilik guru.. semasa menaip nampak kami bertiga semuanya ala-ala tido ayam…. Menaip tapi mata tertutup… Huhuhu.. last-last amik keputusan tuk balik berjemaah…

Tadi petang juga membantu pelajar-pelajar hias pondok… sebab ada pertandingan rumah sukan tercantik.. macam-macam dibuat la dengan menggunakan barang-barang terpakai… Akhirnya siap dengan cantik berserta pintu gerbang.. yeahhh… harap-harap rumah hijau menang esok…

Ok la rakan-rakan bloggers sekalian.. awang dan nk tutup kedai tuk hari ini atas sebab-sebab seperti dia atas tu… Esok nak bangun awal jam 5 nak buat workout, solat dan prepare ke skolah….

Niat Wudhu


UTK AMALAN BERSAMA..


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunglahdaku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,ampunilah dosa telinga ku ini".


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, Bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukantempat-tempat maksiat".


Penjelasannya:


1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah

2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri

3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri

5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala

6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll

7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali

8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yangdituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

WALLAHUALAM..


BEN ASHAARI BLOG


Salam buat rakan-rakan bloggers… kalau korang nak tau Abg Ben Ashaari nak bubarkan blog list.. huhuhu so saya berusaha buat entri ni tuk termasuk dalam Kabinet Menteri Fassola dia.. biar apapun terjadi nak masuk juga…

Sorry terlewat hantar coz tadi pagi saya ada tugas iaitu menjadi hakim d Arena Lontar peluru di Kejohanan Sukan Sekolah di Sekolah saya… Huhuhuhu….



Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini?

Saya update sehari dalam 3 – 5 kali… Jumlah entri saya sehingga kini adalah 432 entri….

Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI ..

- Saya minat berada dalam blog list Ben Ashaari adalah nak mengeratkan hubungan Silaturrahim dan mencari teman baru sesame bloggers…

- Salah satu lagi sebab Blog Ben Ashaari ini ibarat blog contoh buat bloggers Malaysiaa….

Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?

- ingin menjadi seperti Abg Ben tuk membantu blogger-blogger yang baru

- sentiasa memberi kepuasan kepada reader-readers saya (Eh ada ke readers saya).. hehehe

- Akhir sekali Awang akan kekalkan blog saya ini macam sekarang.. Biarlah orang kenal Awang ini macam mana diorang kenal Awang sekarang ini.. Betul kan…..

Wednesday, January 26, 2011

Saya Menang Segmen Abg Ben d GEGAR BLOG : Soalan 4


Assalamualaikum…

Ya Allah.. Saya tak sangka yang saya menang dalam segmen abg Ben Ashaari tuk GEGAR BLOG : Soalan 4 (Prepaid Rm30)… Hehehe.. Syukur Alhamdulillah coz saya menang lagi.. Tak tahu dah kali ke berapa menang dalam segmen Abg Ben ini..



Muka saya terpampang di dada entry blog abg Ben.. Maknanya saya menang.. yeahhhh..

Apapun.. jutaan apresiasi penghargaan saya hulurkan kepada Abg Ben coz telah membuat segmen yang best sebegini.. Seterusnya, secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara blogger-blogger lain serta adminnya iaitu abg Ben…

Terima kasih sekali lagi buat abg Ben…. Awang dah tinggalkan no.fon dalam Inbox abg Ben di Facebook…

Terima kasih juga buat penaja hadiah iaitu Syafiq Sulaiman

Perhatian Buat Rakan-Rakan Sekalian

Ini ada aku baca dari Entry abg Ben.. ada rakan blogger ini minta ihsan dari kita semua tuk berdoa dan solat hajat tuk adik dia yang mengalami ketumbuhan di dalam kepala.. dan nak kena operate… Ketumbuhan tu dah membesar.. Mari kita rakan-rakan bloggers berdoa dan solat hajat agar adik rakan blogger kita ini selamat dan dapat menjalankan kehidupan seperti orang lain..

Ok ini aku copy n paste dari entry abg Ben

"adik aku ada ketumbuhan dalam kepala dia.. baru tau semalam... minta tulun bro doakan kesihatan adik aku jer... itu jer... aku sedih.. aku risau... sebab ketumbuhan tu besar... nak kena operate... macam-macam aku pikir.. aku cuba taknak pikir yg bukan2... cuba aku berharap.. doa dan solat hajat dari kawan-kawan untuk kesihatan yang baik untuk adik aku.. itu sahaja... terima kasih sgt2 bro... atas doa bro..."

Nak lebih lanjut.. boleh baca entrinya di SINI… Sama-sama kita berdoa agar adik rakan kita ini selamat menjalani pembedahannya nanti.. Insyaallah….. Amin…

Jika Dunia Ini Tiada Lelaki????


Salam.. ha! terkejut tak baca tajuk di atas? huh! kaum ADAM jangan berpakat ramai-ramai nak belasah aku plak? ni bukan entry sindir la tapi ni cuma andaian jika kat dunia ni perempuan je yang tinggal lelaki semua ke planet marikh buat sementara? hehe inilah yang bakal terjadi...

1.BATWOMAN

bila lelaki dah takde semua superhero jadi superheroin.. hehe


2.KASUT SPORT TUMIT TINGGI

kasut sport semua berubah jadi tumit tinggi! hehe


3.METER KERETA BERUBAH JADI EMOSI

kalau dulu kereta ada 10,20 sampai la 100 kan? tapi kalau laki takde semua jadi macam gambar ni kalau tak nampak klik bagi besau..


4.BOWLING FOR GIRL

wa! jadi macam taman bunga la plak? hehe


5.GIRL STATION

wah! siap ada berkaler-kaler lagi.. hehehe


6.STERING MAKE UP

tengok! kat stering kereta pun dorang lekat make up1 hehe


7.WOMEN FOOTPRINT ON THE MOON

ha! tengok! dorang menjejak kaki ke angkasa lepas pun pakai kasut tumit tinggi.. hehe


8.TANDAS PEREMPUAN

wah! cantiknyer purple kaler lagi....


9.PLAYSTATION GIRL

PS2 pun bertukar jadi kaler pink! game pun bertukar...


10.PENUKUL DAN SCREWDRIVER

penukul nampak macam kasut tumit tinggi? screwdriver plak macam pisau potong roti jer.. hehe




P/S=nampak macam tak best kan? kalau perempuan je yang mendiami bumi ni? hehe jadi sebab tu tuhan jadikan lelaki dan perempuan sebab kita semua saling memerlukan barulah dapat hasilkan barangan yang menarik seperti hari ini! Jadi Nick Irfan ingin menyeru kepada lelaki hargailah perempuan dan perempuan pun hargailah lelaki kerana walaupun kita berlainan jantina tapi kita semua saling 1 malaysia.... hehe


kredit to 1001 Kesah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...