"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Thursday, August 23, 2012

Amacam Raya Tahun Ini, Meriah ?


Assalamualaikum w.b.t. kepada rakan-rakan bloggers sekalian…..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..

Macam mana raya anda tahun ini ??? Meriah ke ?? Harap-harap sambutan raya anda tahun ini meriah la ek… Hurmm rasanya Raya saya tahun ini macam tak berapa meriah.. Hurmm ntah la.. saya pun tak tahu kenapa ? Macam ada sesuatu jer, ntah la… aku pun tak tahu.. Tepuk dada Tanya hati… Tahun ini tak da member2 ex-skol datang rumah.. Yang ada pun just Nurul Aziana dan Norhafeezah… thanks frens… Hurmm yang lain-lain tak tau p mana.. sibuk kot.. wallahualam…

Nampaknya tahun ini adalah tahun kedua saya menyambut Hari Raya setelah bekerja sebagai seorang pendidik.. Hurmm duit raya tahun ini saya sediakan sebanyak RM500.. Cukup la tu kan.. Kalau tahun lepas saya sediakan sebanyak RM1500 tuk duit raya.. Apa tidaknya tahun lepas adalah tahun pertama saya mendapat gaji.. Jadi semua saya kena bagi.. termasuk adik-beradik lain saya bagi duit raya walaupun mereka dah bekerjaya… Tahun ini saya bagi anak-anak buah saja laaa… hihihi…

Hurmm yang aku malas raya tahun ini ialah pertanyaan yang malas aku nak jawab.. iaitu “Bila kau nak kawin”, “Ada sudah calon ke”…. Aduh malas aku nak jawab… Jawapan aku wait and see jer laa… benda tu bukan kita nak on da spot pun… kalau ada jodoh, ada la… kalau takda berdoa lagi laa.. aku malas ar nak jawab sangat pertanyaan macam tu… ntah macam esok dah nak kiamat pulak. Nk Tanya benda-benda macam tu… hurmm sibuk bebenor Tanya jodoh orang.. kalau aku Tanya kang bila korang nak mati terjawab ke tak… ?????? huhuhuhuhu

Jodoh dan pertemuan itu bukan kita yang tentukan… semua tu dah ditentukan d La Mahfuz… so bersabaq jer la kan…

Ok, rakan-rakan bloggers sekalian… selamat beraya, selamat menjamu selera.. jangan makan banyak sangat kang dapat penyakit kencing manis… hihihi…


Ok Salam Eidulfitri.. 

2 comments:

Kak Mahh said...

Akak dah lalui pengalaman ni.

Awangku Johan said...

hurmm tu la kan kak huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...